Bismillahirrahmanirrahim....
Sukar untuk memerah minda bagi melahirkan satu tajuk
yang sesuai bagi menggambarkan sebuah perasaan yang menghantui jiwa yang sedang
bergelora. Namun, tidak satu pun ayat yang sesuai dalam bahasa melayu yang
mampu dipahat.
Satu kisah yang sudah lama berlaku tetapi tidak
mampu untuk diabadikan di slot penulisan tersayang ini dek kerana kesibukan
bergelar seorang Houseman.
Hari pertama di Gynecology ward memang cukup
mencabar minda dan jiwa. Biarpun sudah bergelar ‘senior’ untuk posting O&G
tetapi saya masih jauh junior untuk ward gynaecology. Pastinya ia cukup
memeritkan bagi first poster seperti saya.
Dengan pesakit yang datang melimpah ruah bagaikan
menyambut pesta agung, ward penuh hingit bingit yang menambahkan sakit di
kepala. 37 orang pesakit dan saya hanya berdua bersama seorang houseman lagi.
Saya yang masih ‘baru’ benar-benar mengalami kejutan
budaya hingga gagal untuk berfungsi. Pagi-pagi lagi terpaksa datang untuk
membancuh ubat chemotherapy mengikut regim yang telah ditetapkan; Carbotaxel,
single agent carboplatin, Paclitaxel-Cisplatin!
Di sini, kami yang membancuh sendiri ubat
chemotherapy setelah membuat perbincangan dengan pakar dari Hospital Likas dan
seterusnya memberikan kepada pesakit. Bukan sahaja ubat chemo, tetapi
rehydration pesakit juga perlu dijaga. Hari itu, saya terpaksa menyediakan
chemo untuk empat orang pesakit dan jumlah masa untuk chemo adalah sehingga
malam.
Hanya beberapa admission dan begitu sedikit sekali
tambahan ward work yang saya lakukan disebabkan culture shock dan stress.
Memang saya betul-betul gagal berfungsi. Semua gara-gara
stress. Segala kerja tidak menjadi walaupun ia adalah sesuatu yang rutin
dilakukan. Saya gagal untuk memasang IV line seorang pesakit yang memerlukan
transfusi darah. Empat kali dicucuk tetapi gagal walaupun uratnya bagai seorang
body builer yang menayangkan tubuh kentalnya.
Kesian pula
rakan houseman yang turut terpaksa menyediakan OT list, mengikuti round bersama
specialist, menghadiri mesyuarat pagi. Kemuncak kepada keadaan, segalanya
menjadi tidak terkawal. Ada pesakit ectopic pregnancy yang memerlukan
pembedahan segera, pesakit yang tiba-tiba tidak stabil kerana intra abdominal
abscess disebabkan pelvic inflammatory disease. Houseman tagging terpaksa
ditarik untuk membantu clerk new admission.
Ditengah stress yang melanda, staff nurse pula
memanggil untuk mengambil consent bagi pesakit yang datang untuk BTL “ikat
salur peranakan”. Darah saya menggelegak apabila mengetahui yang pesakit
tersebut hanya berusia 28 tahun dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang
membenarkan BTL dari segi syarak. Tambahan pula, banyak lagi kaedah merancang
kehamilan yang ada tetapi pesakit berkeras untuk BTL. Berbuih mulut berceramah
tetapi tidak diendahkan.
“Kamu kalau nak
BTL, kamu cari doktor lain untuk tandatangan borang keizinan pembedahan. Saya tak
mahu tanggung dosa kamu”
Akhirnya meletus juga kemarahan yang dipendam
sebegitu lama. Itulah detik untuk buat kali pertamanya saya buat pasal di
O&G. Saya refuse untuk clerk pesakit tersebut dan tugas tersebut akhirnya
terpaksa digalas oleh rakan setugas.
Mungkin tindakan itu tidak professional tetapi
prinsip yang dipegang lebih bermakna. Atau mungkin saya sebenarnya tidak kisah
dnegan pesakit tersebut tetapi stress menyebabkan saya berbuat demikian?